CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 10, 2010

Teruskan Hingga Akhir :)

Assalamualaikum

Baru je kejap ni tadi...
time tengah revise anatomy untuk exam 13hb ni...
tiba2 rasa macam tak sedap hati...
tak tahu kenapa...+__+
mungkin sebab tidur petang tadi ade mimpi ayah belanja Potato Bread
*banyak2 bende...potato bread jugak yg masuk mimpi aku
hahaha :D :D :))
time tu masa pergi zoo atau somewere yg mcm taman rama2 ke bunga ke..
x pasti..~
harga potato bread tu RM 18...
ape kes mahal sangat??
bukan dlm RM2 je ke kalau dekat Jaya Jusco Ayer Keroh...
hahaha
*merepek..!
SAYA RINDU RUMAH! & segala isinya :(




lepas tu Aisyah decide to take sometimes utk muhasabah diri
biasanya hanya buat macam ni bila Aisyah dlm keadaan tertekan atau sedih atau kerinduan...T_T
and YES!!
im having a Hard Time now...
despite the exams + perkara lain juga...
*too personal to undisclosed them here
but they are not that serious...
as im still in control of myself :) :D

Perkara2 yg di'Muhasabah' kan :

# kenapa Aisyah senang sangat nak marah pada Sesuatu atau Seseorang?
 *saya marah bersebab OK...:)
- Jawapannya = masalah hati ~


"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, dia adalah hati."

- hadis riwayat Imam Bukhari-


-last few days, Aisyah ada terbaca kat 1 blog ni fasal amalan beliau setiap kali sebalum tidur...
- "maafkan semua org yang pernah kecewakan dia, lukakan diri&perasaan dia, dia tak puas hati dengan"
- dan BETUL ! bukan senang nak buat macam tu...
-tapi juga TIDAK MUSTAHIL untuk kita cuba buat...cuba perlahan2...:D
-thats what im trying to do every night since I read the blog...
*but sometimes Aisyah terlupa...kerana terlalu penat & mengantuk :D :))
-Apa kita boleh dapat dari amalan ni?
 1. hati rasa lapang
 2. senyum sentiasa
*bukan tersengih x tentu fasal OK!
 3. perhubungan dengan kawan2 & orang sekeliling pun jadi OK
insyaALLAH ~

# kenapa terlalu banyak berfikir tentang perkara di sekeliling dan rasa terbeban dengan mereka
*Jangan Salah Sangka..! berfikir itu memang perlu malah digalakkan untuk menjana minda :)
-ini tidak, Aisyah duk fikir fasal hal2 dunia & perkara2 yg tak penting/berfaedah banyak sangat +__+
Penyelesaian : Hati itu, biarkan dia ingat pada ALLAH Maha Pencipta Yang Teragung setiap masa :)
- sebab dengan sentiasa ingat pada-Nya..~
- HATI AKAN SENTIASA TENANG :) :) :)
 -Seriously , ini sangat benar!!
-Sila laah cuba sendiri :D
- so, insyaALLAH...semua perkara jadi mudah
-walaupun ditimpa masalah sebesar manapun kita dapat hadapi dengan tenang&lancar :P

#ada kesedaran tentang perkara yg baik & tahu sesuatu perkara itu kurang elok
But, NO ACTION taken !
atau tak istiqamah dengan amalan...mudah terleka :(
- and Aisyah ingatkan diri ~
-memanglah kat dunia banyak perkara2 yg best & buat Aisyah happy :)
-example : nice clothes + delicious food + money + barang electronics and etc
-kalau nak banding perkara yg menarik2 di dunia ni...
-dekat Syurga nanti jauh berkali-kali ganda Lebih Baik & Sempurna..
-even boleh melampaui batasan imaginasi manusia...
-wallahuallam...ALLAH lebih mengetahui segala2nya...Dia yg Maha Mengetahui!
- tapi still x ada tindakan dibuat sebab kononnya x cukup bukti
-Fitrah Manusia, tak pernah cukup dengan apa yg dimiliki
-sentiasa mahu lagi dan lagi...x perlu pergi jauh nak cari contoh...Aisyah sendiri pun sama je +___+
-TAK SALAH pun nak enjoy them...tapi kene PANDAI BUDGET,JANGAN BERLEBIH2AN ~
-sebab kalau berlebih2an...nanti jadi masalah pula kalau tak dapat apa yg kita nak...
- coz at 1 point kita jadi terlalu bergantung kat benda2 ni...
*harap2 dijauhkan lah :O
*Aisyah bersyukur sangat  sebab ALLAH yang Maha Besar tak jemu2 beri bantuan
walaupun Aisyah banyak kali buat salah & selalu lupa pada-Nya bila rasa senang + lapang sikit

~ this 1 particular point bukan nak brag ke apa...
>tapi Aisyah ada masa macam harap Allah bagi ujian kat Aisyah supaya tak jauh dari-Nya atau terpesong dari jalan kebenaran-Nya...
>Iman seorang manusia kan sentiasa berubah2...ada Turun & Naik...
> tak macam iman para Malaikat -sentiasa bertambah ~
>sebab waktu ni baru lah teringat nak berdoa banyak2, solat awal waktu, puasa selalu dll
>Subhanallah...buruk nya perangai~

Last Point
# harapan Aisyah yg paling UTAMA...:)
-dan Aisyah percaya semua org pun punya impian yg sama
-terutama Muslimin&Muslimat :D
-Masuk SYURGA serta dijauhkan dari seksa Neraka yg teramat pedih..
>I have this 1 goal yg sendiri pun x pasti bila akan terlaksana
>Hafaz 30 Juz Al-Quran
>supaya insyaALLAH....dapat membawa bersama org2 yg saya sayang masuk ke Syurga :)
>wallahuallam...semua nya kuasa ALLAH
>Hanya ALLAH Berkuasa utk Menentukan Segalanya
>kita hanya perlu TERUSKAN USAHA HINGGA KE AKHIR..:)

-takutlah dengan balasan ALLAH terhadap hamba2-Nya yg tidak taat + langgar perintah-Nya
-cubalah bayangkan perkara2 buruk yg berlaku dekat dunia...
example: perang,bunuh,mati ditembak/diletupkan,kemalangan jalan raya dll
-dalam Neraka itu nanti,bayangkan seburuk2 atau seteruk2 bencana kat dunia ni
-di sana lebih lagi apa sahaja yg kita mampu bayanagkn...ALLAH Maha Kuasa ~

"tadi rasa takut sangat2 dan x mahu orang yg Aisyah sayang masuk ke tempat yg mengerikan itu
Nauzubillah...minta2 dijauhkanlah...
Aisyah takut sangat2, mmg x terkata & sampai menangis ~
rasa diri sangat lemah dan x berdaya"

Dalam surah Al-A’raf ayat 179 Allah berfirman,“Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan juga manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak gunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka adalah seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yang lalai.”



So,nak ke kita masuk ke Neraka ?? atau biarkan orang2 yg kita sayang T_T
Ayah 
Ibu
Adik-beradik
Saudara-mara
Atuk&Nenek
Guru-Guru
Kawan-Kawan
Saudara2 se-Islam 
dibakar dengan penuh seksa di dalam api Neraka Jahannam?? T_T
SUDAH PASTI TIDAK!!

p/s :Sentiasalah
MEMOHON
MERAYU
MEMINTA
MELETAKKAN SEPENUH HARAPAN
hanya kepada ALLAH yg 1
kerana ALLAH adalah sebaik-baik Pemberi Pertolongan :D :)

-saya juga manusia yg x sempurna serta sentiasa mengharapkan cinta-Nya
-maafkanlah diri ini atas khilaf yg telah dilakukan dengan sengaja atau x :)

0 comments: